Saturday 11 October 2014

Petua Mengatasi Masalah Hidung Tersumbat pada Bayi

1 Mac 2014, jam 5.20 pagi... saya masih belum tidur sejak semalam... Mengapa? Sebab anak dara kecilku, Musfiroh, yg berumur 6 bulan lebih tu bangun hampir setiap setengah jam sepanjang malam. Bila dicek, rupa-rupanya hidungnya tersumbat... Yang peliknya, tak de pulak dia menunjukkan simptom-simptom batuk atau selsema... Heran... heran... heran...
Biasalah kan, bila baby mengalami masalah hidung tersumbat atau selsema, mmg dok menangis tanpa henti kan... Silap haribulan, bukan baby je nangis, sekali dgn mak dan bapa baby pun turut menangis sebab tak tahu apa nak buat... kekeke...
Keadaan hidung tersumbat pada bayi amatlah tidak selesa. Selain itu, ianya juga boleh menyukarkan bayi untuk menyusu dengan sempurna.
Keadaan hidung tersumbat pada bayi amatlah tidak selesa. Selain itu, ianya juga boleh menyukarkan bayi untuk menyusu dengan sempurna.
Sebelum saya kongsikan petua yang saya selalu guna untuk mengatasi masalah hidung tersumbat pada anak-anak saya, jom kita lihat langkah-langkah untuk melegakan ketidakselesaan pada bayi anda ketika dilanda selsema seperti yang disarankan oleh Babycenter Malaysia.
  • Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
 
  • Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.
 
  • Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
 
  • Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.
 
Selain itu, antara petua-petua tradisional yang sering kita dengar adalah menggosok batang hidung baby dengan ibu kunyit. Saya pernah juga cuba petua ni tapi bagi saya, cam tidak berapa berkesan... pastu hidung baby pun jadi comot... kuning je warnanya...hehehe... Jadinya, lepas tu, saya dah tak amalkan dah petua ini. ;p
Gambar hiasan dari Mr. Google... :)
Gambar hiasan dari Mr. Google... :)
 
Dan ramai juga ibu bapa yang memilih untuk menyapu Vicks Vaporub pada bayi mereka untuk melegakan hidung tersumbat. Tapi tahukah kamu, sebenarnya Vicks Vaporub tu SANGAT MERBAHAYA untuk digunakan di atas budak-budak yang berumur 2 tahun dan ke bawah? Malah kalau perhatikan betul-betul, memang ada tertera di label botol Vicks Vaporub tu: "For use on adults & children above 2 years. Use is contraindicated in infants below 2 years." Yang ni yang tertulis pada botol-botol yang baru la... Seingat saya pada botol-botol yang lama dia tulis: "Mungkin boleh menyebabkan sawan jika digunakan pada kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke bawah". Makanya, saya memang tidak pernah la gunakan Vicks pada anak-anak saya... dan doktor pakar kanak-kanak di luar negara pun sebenarnya tidak mengalakkan ibu bapa untuk menggunakan Vicks Vaporub di atas bayi... Artikelnya boleh dibaca di SINI.
Vick Vaporub mengandungi Camphor yang bertoksik dan boleh menyebabkan sawan pada kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke bawah.
Vick Vaporub mengandungi Camphor yang bertoksik dan boleh menyebabkan sawan pada kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke bawah.
 
Mengapa Vicks Vaporub tu merbahaya? Saya terfikir juga dan bila di"siasat" rupa-rupanya Vicks Vaporub sebenarnya mengandungi Camphor yang boleh menyebabkan sawan pada kanak-kanak (dan kematian jika termakan/tertelan oleh kanak-kanak). Ish... ish... ish... tak sanggup lah saya amik risiko tu... dan dari pengalaman sendiri menggunakan Vicks tu... tak membantu pun sebenarnya untuk melegakan hidung yang tersumbat. Ahaha... semua itu hanya mainan perasaan je sb Vicks tu kan cm berangin je pas disapu... ;p Melekit-lekit dan berminyak pun satu hal... pastu, nak wudhu' jadi susah sebab cam tak telap air je Vicks tu...
Opppsss... memesong pulak saya ni... (sape suruh tulis entri lagi pepagi buta dlm keadaan mamai) Ok... back to the main point... setakat ini, antara cara yang paling berkesan bagi saya untuk mengatasi masalah hidung tersumbat anak-anak saya adalah:
1.
Ni adalah Normal Saline yang saya biasa dapat daripada hospital. Memang ditulis sebagai Eye Drops... tetapi juga boleh digunakan untuk dititiskan ke dalam hidung. :)
Ni adalah Normal Saline yang saya biasa dapat daripada hospital. Memang ditulis sebagai Eye Drops... tetapi juga boleh digunakan untuk dititiskan ke dalam hidung. :)
Penggunaan Normal Saline a.k.a larutan bergaram. Normal Saline ni selalunya boleh je dapat dari klinik-klinik. Tak mahal pun... dan sangat berkesan untuk mengatasi masalah hidung yang tersumbat dengan tahi hidung yang jenis kering tu... Normal Saline ni akan lembutkan tahi hidung tu, dan bila dah lembut, saya akan keluarkanlah perlahan-lahan dengan penyedut atau cotton bud kalau ianya ada kat kawasan luar hidung tu...
 
2. 
Minyak Jerslin Oil yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti Ekstrak lintah, Habbatus Sauda, Minyak Bijan, Minyak Zaitun dan Minyak Matahari adalah lebih selamat untuk digunakan.
Minyak Jerslin Oil yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti Ekstrak lintah, Habbatus Sauda, Minyak Bijan, Minyak Zaitun dan Minyak Matahari adalah lebih selamat untuk digunakan.
Gosok batang hidung anak dengan minyak Jerslin Power Oil. Alhamdulillah, setakat ni memang berkesanlah untuk anak-anak saya terutamanya ketika hingus dok meleleh tu... :)
Kekeke… Jgn marah… Intro punyalah panjang… Main point yg nak disampaikan pulak hanya 2 je… ;p Saje nk buat suspens… (la konon).
.
.
.
.
.
Pssttt.... buat ibu-ibu yang menyusukan bayi anda, jika bayi anda selsema, cubalah amik Nutriferon dan Vit C 2 biji... InsyaAllah, dpt membantu mempercptkan kadar penyembuhan bayi anda. Kerana, pengambilan Nutriferon dan Sustained Released Vita-C Plus akan membantu badan anda menghasilkan antibodi yang bayi anda perlukan untuk sembuh dan antibodi yang terhasil itu akan disalurkan kepada bayi anda melalui susu badan anda...
Jika anak anda berumur 1 tahun dan ke atas pula, bolehlah cuba berikan Nutriferon 1/4 sachet dan Chewable Vita-C Plus sebiji. ;)
nutriferon
Nutriferon
[Sila klik utk besarkan]
Sustained Release Vita-C Plus [Sila klik utk besarkan]
Sustained Release Vita-C Plus 500mg untuk Org Dewasa 
[Sila klik utk besarkan]
Chewable Vita-C Plus 100mg untuk kanak-kanak [Sila klik utk besarkan]
Chewable Vita-C Plus 100mg untuk kanak-kanak
[Sila klik utk besarkan]

Sharing is Caring...
Feel free to contact me for inquiries and consultations on Shaklee Products and Shaklee business opportunities. :) ~Pengedar Sah Shaklee Zon Selatan Malaysia - Negeri Sembilan (Seremban & Senawang)~
Feel free to contact me for inquiries and consultations on Shaklee Products and Shaklee business opportunities. :)
~Pengedar Sah Shaklee Zon Selatan Malaysia - Negeri Sembilan (Seremban & Senawang)~

No comments:

Post a Comment

Feel free to add a word or two here.

Topik-topik Popular