Thursday 6 November 2014

Anda Mencari Menu Berpantang yang MUDAH, SIMPLE Tapi SEDAP? Cuba Yang Ini




Dried Longan & Red Dates Tea ni merupakan salah satu menu wajib atau "must have" dlm pantang buat kaum Cina... Tidak seperti jamu2 Melayu yg sllnya terkenal dgn rasa pahit, kelat & 1001 rsnya yg xsedap (hehehe... saya penah rs sb mak mertua sy org Jawa) teh ni tidak susah utk ditelan sb ianya adalah manis.  So bg sesiapa yg masih ingin menjaga kesihatan selps pantang namun tidak terdaya nk telan jamu, blhlah minum teh ni sbg ganti air masak..... 

Jom kita tinjau khasiatnya...

Red Dates/Kurma Merah atau lbh dikenali sbg Hongzao dlm Cina ini mengandungi 70 - 80x lbh byk Vit C berbanding anggur dan epal. Selain itu, ianya juga mengandungi Vit A, Vit B1, Vit B2, protin, kalsium, fosforus, zat besi & magnesium. Maka, ia amat sesuai diambil oleh ibu2 di dlm pantang bg menambah balik darah yg kehilangan semasa bersalin di samping itu, ianya juga merupakan mknan berunsur "panas", maka ianya juga akan membantu menghangatkan badan ibu yg berpantang. Itu hanya salah satu kebaikan kurma merah. InsyaAllah, sy akan mengupas lbh lanjut ttg kurma merah ini di ruangan yg lain di ms akan dtg... 

Dried longan juga merupakan suatu mknan berunsur "panas". Selain membantu memanaskan badan ibu berpantang, ianya juga dipercayai dpt membantu menghasilkan susu badan yg byk.Selain itu, ianya juga merupakan mknan yg baik utk jantung, limpa & buah pinggang.

Kebaikan halia pula.. xperlulah dicerita panjang kan.. rata2 dah tahu bhw halia digunakan semasa berpantang utk memanaskan badan & membuang angin dlm badan... Tp tahukah kamu, halia juga mempunyai khasiat2 lain? InsyaAllah, itu juga sy akan kupaskan secara terperinci di halaman lain... insyaAllah.




Ok cara2 nk buat... sgtlah mudah. Ibu yg berpantang sendiri pn blh buat.

1. Hiriskan halia/ketuk halia tu.
2. Bilaskan buah longan kering & kurma merah. Buangkan biji kurma merah.
3. Rebuskn ke3-3 bhn tersebut dgn menggunakan anggaran 500ml air sehingga airnya bertukar ke warna keperangan. (Lagi lama direbus, lagi bertambah rasanya)
4. Simpankan di dlm termos & minumlah sedikit demi sedikit sepjg hari... buah longan & kurma merah tu pn blh dimakan kalau suka... 

~Selamat mencuba & selamat berpantang dgn ceria~

No comments:

Post a Comment

Feel free to add a word or two here.

Topik-topik Popular