Showing posts with label Tips Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibadah. Show all posts

Friday, 21 November 2014

Dakwah! Susah ke Nak Berdakwah Ni?

Dakwah... bila disebut perkataan ini, ramai yg berasa gentar... tidak kurang juga ramai yg merasakan bahawa tugas dakwah ini sesuatu yg amat berat dan hanya boleh dilakukan oleh mereka2 yg mempunyai ilmu agama yg dalam spt para Ustaz Ustazah mahupun Alim Ulama.
Namun, hakikat dan kewajipan dakwah ini jatuh ke atas setiap umat yg menggelarkan diri mereka sebagai Muslim atau Muslimah. :)

Persoalannya, perlukah modal yg besar serta ilmu yg tinggi utk melakukan dakwah ini? Sudah tentu tidak. Setiap Muslim dan Muslimah mampu berdakwah dgn cara2 mereka yg tersendiri...
Cerita ini saya temui sewaktu saya tgh membaca Newsfeed FB saya... sharing dari FB Page: Indahnya Berpurdah... Jom baca...
Kagum dgn seorg akhwat!
Cara berdakwah lain dari yang lain!
Akhwat ini menerima tempahan menjahit tudung labuh secara PERCUMA, hanya perlu bekalkan kain tudung untuknya jahit.
Jikalau tidak mampu sekalipun untuk membeli tudung labuh, dia akan bekalkan sendiri kain tudung itu.
Dalam kesibukan bekerja, belajar dan berdakwah, dia melakukan kerja amal ini!
Katanya,
"Ana mahu menjadi seperti Nabi Daud, sewaktu menjahit satu tasbih, tahlil dan tahmid diucapkan."
"Ana mahu beramal. Ana mahu jahitan ana ini, amal ini menjadi saksi ana cuba utk tolong kaum hawa berhijrah."
"Ana mahu menolong kaum hawa yang baru berhijrah. Mungkin mereka tak biasa, namun mereka mahu. Ana mahu tolong mereka."
Subhanallah, Moga Alla beri syafaat padanya...
[AraniAnwah]
MasyaAllah... tersentak hati saya seketika semasa membaca post ini... Well, Hendak Seribu Daya... Tidak Hendak Seribu Dalih... tidak kah begitu? :)
Semoga bermanfaat perkongsian ini terutamanya buat mereka2 yang ingin berdakwah tetapi tidak tahu bagaimana... 
Peace & Luv Alwizzz...
~Mardhiyah Lim~


Monday, 13 October 2014

Amalan Untuk Menghilangkan Penyakit Was-Was.

Teringat kembali, pada akhir tahun 2010 (lebih kurang), ketika saya mengalami penyakit was-was ini... Mmg seksa sekali. Dan pernah saya terdengar seorang Ustaz berseloroh dalam sebuah rancangan agama di TV, "Org yang mengalami penyakit was-was ini sebenarnya cam org gila. Ye lah, kalau dah wudhu' sampai 10 kali pun dikata belum berwudhu', tak ke gila namanya?"
Ye... saya sangat-sangat bersetuju dgn kata-kata Ustaz tu. Cuba kamu bayangkan, saya boleh mula berwudhu' dalam keadaan rambut yang kering kontang... di akhir wudhu' rambut saya tu basah seperti keadaannya baru sahaja selesai mencuci rambut. Baju, tak usah cerita la... mmg hbs lencun cam baru ditimpa hujan lebat. Tapi... hanya Allah swt sahaja yang tahu... betapa seksanya hati dan jiwa sesorg itu apabila ditimpa penyakit was-was ini.
Sumber daripada Mr. Google
 
Apakah itu Penyakit Was-Was?
Dari blog http://halimahalaydrus.blogspot.com/ ada mengatakan bahawa:
Was-was adalah bisikan syaitan, dia berharap dengan bisikan tersebut orang jadi malas melakukan ibadah atau malah justru meninggalkannya.
Ibnu Abbas RA berkata: “Was-was adalah penyakit orang mukmin.”
Yang dari ucapan beliau kita bisa menyimpulkan 2 hal:
1-     Hanya orang mukmin yang bisa terkena penyakit ini, maka jika engkau mulai diganggu dengan bisikan-bisikan tersebut jangan larut dalam kesedihan apalagi putus asa. Justru bolehlah sedikit berbangga sebab artinya engkau adalah seorang mukmin. Karena tentunya orang yang tidak ada iman di hatinya tidak akan peduli terhadap keabsahan ibadah apalagi kesempurnaannya.
2-     Was-was itu penyakit dan selayak penyakit apapun bentuknya ia harus diobati, betul bahwa ia adalah tanda keimanan tapi membiarkannya merusak ibadahmu menjadikan keimananmu tidak meningkat-meningkat akhirnya.
 
Di sini, saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang tentang penyakit was-was ini… Jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh baca di Sini dan Sini… :)
Tapi saya ingin berkongsi amalan-amalan yang telah diajarkan pada saya oleh En. Idil Ismail, seorang pengamal perubahan Islam yang telah merawat saya ketika saya di Bintulu dulu. Semoga ianya membawa manfaat kepada semua… Amalan-amalannya adalah:
  1. Baca Surah Ar-Rahman 1x selps solah Subuh atau 2x seminggu atau
  2. Baca Surah Al-Jumuaah setiap kali selps solah Isya’ atau
  3. Baca ayat 200-201 Surah Al-A’raf (hembus pada air & minum)  atau
  4. Baca Surah Al-Fatihah & Surah An-Naas setiap kali selps setiap solah.
 
 
Selamat mencuba…
~Ummul Jannati~

Wednesday, 8 October 2014

Di Antara Tanda-tanda Mencintai Nabi Muhammad SAW dengan Sepenuh Hati


3 tanda saat benar-benar kita mencintai sesuatu..jika kita mencintai Nabi Muhammad SAW:

1) Kita sayang apa sahaja berkaitan dengan orang yang kita cinta..rupanya, gayanya, perilaku, cara dia berjalan, cara berpakaian...kesukaannya menjadi kesukaan kita. Perjalanan hidup dari pagi sehingga petang. Siangnya menjadi siang kita. Malamnya menjadi malam kita.

2) Merinduinya tanpa penat dan jemu, Saat berjauhan menjadi rindu. Saat bersamanya adalah kemuncak kenikmatan. Kata Bilal ketika isterinya menangis saat berpisah dengannya. Katanya inilah saat paling indah dalam hidupku. Aku akan berjumpa dengan Nabi SAW dan sahabah.

3) Sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang dicintai. Kata sahabah rhum, aku sanggup mati dari Nabi SAW walau dicucuk duri..orang yang mencintai Nabi saw akan menyambung amanah utama Nabi saw yakni berdakwah dan membawa seluruh manusia kepada Allah. Menuju syurga negara yang sejahtera.

*Petikan dari FB post Ebit Lew



Thursday, 15 May 2014

Tips Menghabiskan Surah Al-Kahfi sambil Memahaminya Bagi Orang-orang yang Sibuk :)

"Give!Up!"

"Kot ye pun..."

"Give up dah... give up give up...GIVE UP!" Muka berkerut serabut, kalah rupa aluminium foil kena renyuk.

"Drama la kau ni, Ipin." Kepala di tetingkap video-chat tu geleng dari tengah skrin PC.


"Bang Long lain la, Bang Long dulu sekolah agama." Muka Ipin makin kelat.
"Kira biasa la baca panjang-panjang gini. Orang tak reti dowh."

"Ke situ pulak...." Azri tarik nafas panjang. Budak ni memang drama sungguh.

"No, really. Panjang sangat, okay? Tak larat." Ipin pulak yang tarik nafas panjang.
"Tak larat dan tak sempat. Dari hari tu, ni dah masuk berapa minggu dah, memang tak sempat nak habis pun Kahfi tu everytime." Dia renung muka abang sulungnya yang tengah tercampak di Laut Utara Russia tu.
"I.Give.Up."

Azri pandang balik muka si bongsu di balik sana dunia yang serabut tu. Dia capai mug kopi.

"Dah la dengan nak SPM bagai..." Tak habis lagi si Ipin mengomel.
"Dengan hal duduk Malaysia ni pun dah gaya macam duduk Mexico segala...."

Hampir tersembur kopi ke skrin laptop di depannya. Azri tepuk dada. Kuat. Tersedak aku!
"Kau pernah duduk Mexico ke?" Cakap ayat best suka hati dia.

"Dah tiap hari asyik keluar berita orang mati kena bunuh segala macam gaya..." Ipin menyela.
"Yang kena tembak,yang kena tikam, yang kena jerut..." Dia sandar badan ke kerusi.
"Ucu nak keluar bawak motor pergi sekolah tu pun cuak kot."

Azri letak mug di tangan ke meja."Patut dengan berita ala Tijuana, plus dengan serabut kepala nak SPM tu la yang lagi memang kena habiskan baca Kahfi." Dia senyum segaris.

Kepentingan Surah Al-Kahf

Ipin angkat kening sebelah. Kedua belah kaki dah dilunjur bawah meja.

"Verse 10."

"Mana hafal." Mata dihala ke siling.
Aku ni ni nak habiskan baca pun tak pass-pass lagi. Inikan pulak nak ingat ayat dengan maksud segala. Ada masalah pemahaman abang aku ni. Ipin menggumam sendiri.

"Dah tu...bukak la terjemahannya, bijak." Sejuk sepoi Siberia ayat sarkastik Azri tu.

Badan ditegakkan. Ipin capai Quran terjemahan di atas CPU. Quran Bang Long pun. Dia rembat secara sukarela dan Bang Long lepaskan secara terpaksarela. Kisah apa. Bang Long ada duit boleh beli lain. Aku anak sekolah. Choi!

"Verse 10." Azri mengulang.

Mata berlari di atas naskhah di tangan yang dah terbuka. Jumpa. Ipin pandang Azri di skrin sekilas. "Remember when the young men fled for refuge. They said; 'Our Lord, bestow on us mercy from Yourself, and facilitate for us our affair in the right way." 
Dia membaca. Berdetap hati.

Doa Dipermdhkan Urusan – Surah Al-Kahf, ayat 10


"It is a du'a."
Allah Pelindung,
dari bahaya.
Allah pelindung,
dari bahana.
Allah pelindung,
dari cacamerba.
Allah Pelindung,
dari segala.
Baik pistol, baik pisau, baik Tijuana.

"Bukan Bang Long dah pesan ke dulu, baca sekali dengan maksud dia. Kalau dak memang lost la the meaning. Memang la rasa merampus nak habiskan."

Ipin angkat muka pandang skrin PC. Indeed. "Tapi memang panjang sangat, Bang Long. Baca macam tak habis-habis." Dia lepas nafas.
"Nak baca maksud segala bagai lagi la tak sempat."

"Kau baca macam mana gaya?" Kening Azri pulak yang terangkat sebelah merenung adiknya tu.

"Baca sekali harung la lepas Subuh tu. Tapi tak pernah sempat nak habis pun. Bila dah pergi sekolah masa bilanya pun nak sambung baca? Petang dah kelas tambahan dengan gerak gempur segala. Sampai rumah dah nak Maghrib kot." Panjang Ipin bentang jadual.

Azri pejam mata, gosok dahi. "Bang Long pun tak sempat la kalau nak kejar habiskan senafas waktu lepas Subuh tu Ucu oi..."
"Tingkap masa punya la sempit sebelum nak kena berkejar masuk kerja. Dan waktu kerja tak ada celahnya nak dibaca tengah-tengah buat pipe fabrication tu."

"Dah tu...."

"Split 3." Azri capai Quran terjemahannya dari tepi laptop.
"Ayat ada 110, kan." Dia buka naskhah di tangan.

Ipin buka ke halaman Kahfi terakhir. Aah.110 ayat. Dia angguk mengiakan. "Split masa jadi tiga, waktu bila?"

Ingat ye… bahagikan 3 bahagian surah Al-Kahf tu. Baca sambil baca terjemahannya, baru ada feel. :)

"Kau balik rumah pun dah nak Maghrib, kan? Start lepas Maghrib, kau habiskan ayat 1 sampai Ayat 31. Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain, nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung." Dan pastinya cukup-cukup la waktu sebelum ibu jerit suruh isi rumah tu turun makan malam."

Ipin capai post-it note dengan pen.

"Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu. Lepas Isya' kau sambung ayat 32 sampai ayat 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir."

Ipin laju menulis atas post-it.

"Subuh Jumaat tu kau habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. Tak ada la semput sangat. Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain."

Pen masih berlari atas post-it.

Azri pandang si Ipin yang tengah menulis di balik sana talian. "Capish?"

"See how it goes la." Ipin tarik helaian post-it yang bertulis tu. Pap! Dilekat di dinding CPU.

"Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Boleh la savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu." Azri letak Quran di tangan ke meja.
"Tak berapa jadi makna la, kalau baca sampai mengah tapi tak dapat ibrah, tak ke?"

Heh. "Jangan bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam, boleh dak?"

"Haha."

______________
benar,surahnya sedikit panjang dari lazimnya yang kita biasa
cuba untuk cari jalan dan cari masa,ya.
Kahfi kamon,kita? :)
may Allah bless


Jom Al-Kahf… dah Maghrib, dah masuk mlm Jumaat. 

- Dipetik dari FB... :) Semoga bermanfaat....

Topik-topik Popular