Friday 21 November 2014

Dakwah! Susah ke Nak Berdakwah Ni?

Dakwah... bila disebut perkataan ini, ramai yg berasa gentar... tidak kurang juga ramai yg merasakan bahawa tugas dakwah ini sesuatu yg amat berat dan hanya boleh dilakukan oleh mereka2 yg mempunyai ilmu agama yg dalam spt para Ustaz Ustazah mahupun Alim Ulama.
Namun, hakikat dan kewajipan dakwah ini jatuh ke atas setiap umat yg menggelarkan diri mereka sebagai Muslim atau Muslimah. :)

Persoalannya, perlukah modal yg besar serta ilmu yg tinggi utk melakukan dakwah ini? Sudah tentu tidak. Setiap Muslim dan Muslimah mampu berdakwah dgn cara2 mereka yg tersendiri...
Cerita ini saya temui sewaktu saya tgh membaca Newsfeed FB saya... sharing dari FB Page: Indahnya Berpurdah... Jom baca...
Kagum dgn seorg akhwat!
Cara berdakwah lain dari yang lain!
Akhwat ini menerima tempahan menjahit tudung labuh secara PERCUMA, hanya perlu bekalkan kain tudung untuknya jahit.
Jikalau tidak mampu sekalipun untuk membeli tudung labuh, dia akan bekalkan sendiri kain tudung itu.
Dalam kesibukan bekerja, belajar dan berdakwah, dia melakukan kerja amal ini!
Katanya,
"Ana mahu menjadi seperti Nabi Daud, sewaktu menjahit satu tasbih, tahlil dan tahmid diucapkan."
"Ana mahu beramal. Ana mahu jahitan ana ini, amal ini menjadi saksi ana cuba utk tolong kaum hawa berhijrah."
"Ana mahu menolong kaum hawa yang baru berhijrah. Mungkin mereka tak biasa, namun mereka mahu. Ana mahu tolong mereka."
Subhanallah, Moga Alla beri syafaat padanya...
[AraniAnwah]
MasyaAllah... tersentak hati saya seketika semasa membaca post ini... Well, Hendak Seribu Daya... Tidak Hendak Seribu Dalih... tidak kah begitu? :)
Semoga bermanfaat perkongsian ini terutamanya buat mereka2 yang ingin berdakwah tetapi tidak tahu bagaimana... 
Peace & Luv Alwizzz...
~Mardhiyah Lim~


No comments:

Post a Comment

Feel free to add a word or two here.

Topik-topik Popular